KISAH TENTANG JIN

Dalam sebuah kitab karangan
Imam al-Ghazali menyebutkan
bahawa iblis laknatullah itu
sesungguhnya namanya
disebut sebagai al-Abid (ahli
ibadah) pada langit yang
pertama, pada langit yang
keduanya disebut az-Zahid.
Pada langit ketiga, namanya
disebut al-Arif. Pada langit
keempat, namanya adalah al-
Wali. Pada langit kelima,
namanya disebut at-Taqi. Pada
langit keenam namanya
disebut al-Kazin. Pada langit
ketujuh namanya disebut
Azazil manakala dalam Luh
Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat
urusannya. Maka Allah s.w.t.
telah memerintahkannya
sujud kepada Adam. Lalu iblis
berkata, "Adakah Engkau
mengutamakannya daripada
aku, sedangkan aku lebih baik
daripadanya. Engkau jadikan
aku daripada api dan Engkau
jadikan Adam daripada
tanah." Lalu Allah s.w.t.
berfirman yang maksudnya,
" Aku membuat apa yang aku
kehendaki." Oleh kerana iblis
laknatullah memandang
dirinya penuh keagungan,
maka dia enggan sujud
kepada Adam a.s. kerana
bangga dan sombong. Dia
berdiri tegak sampai saatnya
malaikat bersujud dalam
waktu yang berlalu. Ketika
para malaikat mengangkat
kepala mereka, mereka
mendapati iblis laknatullah
tidak sujud sedang mereka
telah selesai sujud. Maka para
malaikat bersujud lagi bagi
kali kedua kerana bersyukur,
tetapi iblis laknatullah tetap
angkuh dan enggan sujud. Dia
berdiri tegak dan memaling
dari para malaikat yang
sedang bersujud. Dia tidak
ingin mengikut mereka dan
tidak pula dia merasa
menyesal atas
keengganannya.
Kemudian Allah s.w.t.
merubahkan mukanya pada
asalnya yang sangat indah
cemerlangan kepada bentuk
seperti babi hutan. Allah s.w.t.
membentukkan kepalanya
seperti kepala unta, dadanya
seperti daging yang menonjol
di atas punggung, wajah yang
ada di antara dada dan kepala
itu seperti wajah kera, kedua
matanya terbelah pada
sepanjang permukaan
wajahnya. Lubang hidungnya
terbuka seperti cerek tukang
bekam, kedua bibirnya seperti
bibir lembu, taringnya keluar
seperti taring babi hutan dan
janggut terdapat sebanyak
tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah s.w.t.
mengusirnya dari syurga,
bahkan dari langit, dari bumi
dan ke beberapa jazirah. Dia
tidak akan masuk ke bumi
melainkan dengan cara
sembunyi. Allah s.w.t.
melaknatinya sehingga ke hari
kiamat kerana dia menjadi
kafir. Walaupun iblis
laknatullah itu pada
sebelumnya sangat indah
cemerlang rupanya,
mempunyai sayap empat,
banyak ilmu, banyak ibadah
serta menjadi kebanggan para
malaikat dan pemukanya, dan
dia juga pemimpin para
malaikat karubiyin dan banyak
lagi, tetapi semua itu tidak
menjadi jaminan sama sekali
baginya.
Ketika Allah s.w.t. membalas
tipu daya iblis laknatullah,
maka menangislah Jibril
a.s.dan Mikail. Lalu Allah
s.w.t. berfirman yang
bermaksud, "Apakah yang
membuat kamu menangis?"
Lalu mereka menjawab, "Ya
Allah! Kami tidaklah aman
dari tipu dayamu." Firman
Allah s.w.t. bagi bermaksud,
"Begitulah aku. Jadilah engkau
berdua tidak aman dari tipu
dayaku ." Setelah diusir, maka
iblis laknatullah pun berkata,
"Ya Tuhanku, Engkau telah
mengusir aku dari Syurga
disebabkan Adam, dan aku
tidak menguasainya
melainkan dengan
penguasaan- Mu."
Lalu Allah s.w.t. berfirman
yang bermaksud, "Engkau
dikuasakan atas dia, yakni
atas anak cucunya, sebab
para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis laknatullah,
"Tambahkanlah lagi untukku."
Allah s.w.t. berfirman yang
maksudnya, "Tidak akan
dilahirkan seorang anak
baginya kecuali tentu
dilahirkan untukmu dua
padanya ." Berkata iblis
laknatullah lagi,
"Tambahkanlah lagi untukku."
Lalu Allah s.w.t. berfirman
dengan maksud, "Dada-dada
mereka adalah rumahmu,
engkau berjalan di sana
sejalan dengan peredaran
darah ." Berkata iblis
laknatullah lagi,
"Tambahkanlah lagi untukku."
Maka Allah s.w.t. berfirman
lagi yang bermaksud, "Dan
kerahkanlah terhadap mereka
pasukan berkuda dan pasukan
yang berjalan kaki, ertinya
mintalah tolong menghadapi
mereka dengan pembantu-
pembantumu, baik yang naik
kuda mahupun yang berjalan
kaki. Dan berserikatlah
dengan mereka pada harta,
iaitu mendorong mereka
mengusahakannya dan
mengarahkannya ke dalam
haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu
dengan menganjurkan mereka
dalam membuat perantara
mendapat anak dengan cara
yang dilarang, seperti
melakukan senggama dalam
masa haid, berbuat perkara-
perkara syirik mengenai anak-
anak itu dengan memberi
nama mereka Abdul Uzza,
menyesatkan mereka dengan
cara mendorong ke arah
agama yang batil, mata
pencarian yang tercela dan
perbuatan-perbuatan yang
jahat dan berjanjilah
mereka. " (Hal ini ada
disebutkan dalamsurah al-Isra
ayat 64 yang bermaksud :
"Gerakkanlah orang yang
engkau kuasai di antara
mereka dengan suara engkau
dan kerahkanlah kepada
mereka tentera engkau yang
berkuda dan yang berjalan
kaki dan serikanlah mereka
pada harta dan anak-anak dan
berjanjilah kepada mereka.
Tak ada yang dijanjikan iblis
kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan."

Di Baca Yuuuuk Sobat......

Labels : Cerita Hikmah Pasar Batik Murah Solo Batik Cinta IBU
Search Terms : good template blogger Download template blogger Free Blogger template Free Template for BLOGGER Free template sexy Free design Template theme blogspot free free classic bloggerskin download template blog car