Suatu hari satu pertempuran
telah berlaku di antara pihak
Islam dengan pihak Musyrik.
Kedua-dua belah pihak
berjuang dengan hebat untuk
mengalahkan antara satu
sama lain. Tiba saat
pertempuran itu diberhentikan
seketika dan kedua-dua pihak
pulang ke markas masing-
masing. Di sana Nabi
Muhammad s.a.w. dan para
sahabat telah berkumpul
membincangkan tentang
pertempuran yang telah
berlaku itu. Peristiwa yang
baru mereka alami itu masih
terbayang-bayang di ruang
mata. Dalam perbincangan
itu, mereka begitu kagum
dengan salah seorang dari
sahabat mereka iaitu,
Qotzman. Semasa bertempur
dengan musuh, dia kelihatan
seperti seekor singa yang
lapar membaham mangsanya.
Dengan keberaniannya itu, dia
telah menjadi buah mulut
ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara
kita yang dapat menandingi
kehebatan Qotzman," kata
salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu,
Rasulullah s.a.w. pun
menjawab, "Sebenarnya dia
itu adalah golongan penduduk
neraka." Para sahabat
menjadi hairan mendengar
jawapan Rasulullah s.a.w. itu.
Bagaimana seorang yang
telah berjuang dengan begitu
gagah menegakkan Islam
boleh masuk dalam neraka.
Para sahabat berpandangan
antara satu sama lain apabila
mendengar jawapan
Rasulullah s.a.w. itu.
Rasulullah s.a.w. sedar para
sahabatnya tidak begitu
percaya dengan ceritanya,
lantas Baginda s.a.w. berkata,
"Semasa Qotzman dan Aktsam
keluar ke medan perang
bersama-sama, Qotzman telah
mengalami luka parah akibat
ditikam oleh pihak musuh.
Badannya dipenuhi dengan
darah. Dengan segera
Qotzman meletakkan
pedangnya ke atas tanah,
manakala mata pedang itu
pula dihadapkan ke dadanya.
Lalu dia terus membenamkan
mata pedang itu ke dalam
dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu
adalah kerana dia tidak tahan
menanggung kesakitan akibat
dari luka yang dialaminya.
Akhirnya dia mati bukan
kerana berlawan dengan
musuhnya, tetapi membunuh
dirinya sendiri. Melihatkan
keadaannya yang parah,
ramai orang menyangka yang
dia akan masuk syurga. Tetapi
dia telah menunjukkan dirinya
sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah s.a.w.
lagi, sebelum dia mati,
Qotzman ada mengatakan,
katanya, "Demi Allah aku
berperang bukan kerana
agama tetapi hanya sekadar
menjaga kehormatan kota
Madinah supaya tidak
dihancurkan oleh kaum
Quraisy. Aku berperang
hanyalah untuk membela
kehormatan kaumku. Kalau
tidak kerana itu, aku tidak
akan berperang."
Labels : Cerita Hikmah Pasar Batik Murah Solo Batik Cinta IBU

0 komentar:
Posting Komentar